Khasiat Pokok Gaharu

Khasiat Pokok Gaharu

Pokok gaharu ialah pokok yang banyak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia, dan India. Banyak manfaat yang diperoleh samada dari kulit pokok gaharu, atau teras gaharu, atau dari bahagian dari pokok gaharu. Jenis gaharu India adalah antara gaharu yang terbaik.

Pokok gaharu mempunyai banyak khasiat samada dari segi jasmani atau rohani. Antara khasiat pokok gaharu ialah:

1. Menguatkan kekuatan akal
Bau dari pokok gaharu yang wangi boleh membantu menguatkan akal. Caranya ialah dengan membakar kayu gaharu. Bagi pelajar yang selalu menghafal, sangat bagus untuk mencium bau gaharu. Biasanya di pasaran terdapat bekas pembakar khas untuk gaharu yang disediakan bersama arang untuk pembakaran gaharu.

2. Menyembuhkan penyakit
Dari dahan pokok gaharu, banyak penyakit boleh diubati seperti sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kanser usus, dan sebagainya. Caranya ialah dengan menggunakan bahan dari dahan pokok gaharu. Cara ini sebagai asbab, hakikatnya Allah ialah penyembuh penyakit.

3. Menghindarkan gangguan makhlus
Kayu gaharu juga boleh menghindarkan gangguan makhluk halus. Makhluk halus tidak suka kepada bau gaharu. Maka penggunaan kayu gaharu dalam pengubatan makhluk halus sangat membantu untuk proses penyembuhan penyakit.

4. Manfaat untuk sakit perut
Kayu gaharu juga dapat menyembuhkan sakit perut. Dengan menggunakan asbab daun gaharu untuk membuat teh, minuman teh gaharu dapat membantu penyembuhan sakit perut.

5. Menenangkan fikiran
Kayu gaharu dapat menenangkan fikiran. Jika anda sedang dalam kecelaruan, cubalah ambil kayu gaharu dan bakar. Asap dari pembakaran gaharu yang wangi pasti dapat menenangkan fikiran anda.

6. Mengelakkan sihir
Kayu gaharu dapat membantu dalam mengelakkan sihir. Kekuatan istimewa yang Allah letakkan dalam kayu gaharu dapat mengelakkan diri anda terkena sihir.

7. Manfaat pembuatan minyak wangi
Kayu gaharu juga boleh dijadikan minyak wangi. Bau gaharu dapat meningkatkan kekuatan minyak wangi dan menyebabkan minyak wangi bertahan dengan lebih lama. Terdapat banyak minyak wangi di pasaran yamg menggunakan gaharu sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi.

8. Manfaat pembuatan tasbih
Kayu gaharu juga boleh dibuat tasbih. Tasbih yang menggunakan kayu gaharu lebih kuat berbanding kayu. Namun harganya juga agak mahal kerana kualitinya yang tersendiri.

9. Manfaat proses meditasi
Ada sesetengah yang melakukan proses meditasi boleh menggunakan kayu gaharu sebagai pembantu suasana. Bau gaharu dapat menambahkan ketenangan proses meditasi.

Begitulah sedikit sebanyak manfaat kayu gaharu yang dapat dikongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s